Posts

Sains Dan Teknologi

 Sains Dan Teknologi MPU23042 Kumpulan 6 PAVITTRAN  SUHANYA KHAVIN KUMAARAN  JEVENDRAN SUBRAMANIAM  PENGENALAN  Ahli-ahli pendidikan belum mencapai kata sepakat tentang komponen-komponen yang sepatutnya membentuk kurikulum Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat (STM). Namun demikian ramai di kalangan ahli pendidikan sains yakin bahawa Kurikulum STM jika dapat dilaksanakan merupakan satu kurikulum yang serba lengkap dan yang unggul bagi alaf barn (Aikenhead dan Solomon, 1994), dan dijangka dapat meningkatkan lagi literasi sains dan teknologi di kalangan ahli-ahli masyarakat. Dengan ciri-cirinya yang pelbagai pembentukan kurikulum pendidikan STM di negara maju telah menarik minat pelbagai pihak seperti ahli sejarah, jurutera, doktor perubatan, ahli politik, ahli-ahli alam sekitar dan saintis. Di negara seperti Britain, Amerika syarikat, Kanada dan Australia STM merupakan satu mata pelajaran kurikulum yang diperkenalkan di sekolah dan di Pusat Pengajian Tinggi. ...