Sains Dan Teknologi

 Sains Dan Teknologi

MPU23042

Kumpulan 6

PAVITTRAN 

SUHANYA

KHAVIN KUMAARAN 

JEVENDRAN

SUBRAMANIAM 


PENGENALAN 


Ahli-ahli pendidikan belum mencapai kata sepakat tentang komponen-komponen yang sepatutnya membentuk kurikulum Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat (STM). Namun demikian ramai di kalangan ahli pendidikan sains yakin bahawa Kurikulum STM jika dapat dilaksanakan merupakan satu kurikulum yang serba lengkap dan yang unggul bagi alaf barn (Aikenhead dan Solomon, 1994), dan dijangka dapat meningkatkan lagi literasi sains dan teknologi di kalangan ahli-ahli masyarakat. Dengan ciri-cirinya yang pelbagai pembentukan kurikulum pendidikan STM di negara maju telah menarik minat pelbagai pihak seperti ahli sejarah, jurutera, doktor perubatan, ahli politik, ahli-ahli alam sekitar dan saintis. Di negara seperti Britain, Amerika syarikat, Kanada dan Australia STM merupakan satu mata pelajaran kurikulum yang diperkenalkan di sekolah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Namun demikian bagi menghasilkan Model Kurikulum STM yang unggul masih banyak masalah dan isu kurikulum seperti tenaga pengajar, objektif dan penekanan kurikulum yang perlu dihalusi bagi mernastikan kejayaan kurikulum tersebut.


Apakah itu Sains dan apakah itu Teknologi?

Adakah sains dan teknologi itu sarna atau merupakan dua disiplin yang berbeza? Kamus Oxford Edisi Ke Empat 1989 (Cowie et.al. 1989) memberi defmisi sains sebagai satu cabang pengetahuan yang tersusun diperolehi melalui pemerhatian dan pengujian fakta tentang alam semula jadi. Zirnan (1984) ialah seorang ahli sejarah sains telah membuat takrif-takrif sains yang berlainan mengikut aspek-aspek sains yang tertentu. Jika sains ditakriflcan sebagai "alat untuk menyelesaikan masalah" ia memperlihatkan aspek instrumen yang berhubung rapat dengan teknologi. Jika sains ditakrifkan sebagai satu "pengetahuan terurus" ia memperlihatkan ciri kearkiban yang mana dapatan kajian terhadap kejadian semula jadi yang dihasilkan melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku-buku dan jurnal-jurnal untuk pembacaan umum. Dari aspek falsafah, sains menekankan pengkaedahan sains yang bergantung kepada proses pena'akulan induksi dan deduksi. Prosedur sains seperti eksperimentasi, pemerhatian atau pencerapan dan membuat hipotesis adalah merupakan elemen-elemen dalam pengkaedahan khas untuk mendapatkan kenyataan yang boleh dipercayai terhadap alam semula jadi. Sains juga boleh dilihat dari "aspek vokasional" iaitu ahIi-ahli sains menjalankan penyelidikan.melalui kebolehan, minat dan kreativiti mereka. Sebagai rumusan, sains menerangkan banyak perkara. Ia adalab hasil penyelidikan yang mempunyai kaedah tertentu, satu pengetahuan tersusun, satu alat menyelesaikan masalah, satu institusi sosial, memerlukan sumber bahan, satu sumber kebudayaan yang perlu diurus dan merupakan satu faktor utarna dalam pembinaan masyarakat.

Seperti sains, teknologi juga boleh ditakriflcan dalam pelbagai defmisi. Gardner et al. (I 990) mendefmisikan teknologi sebagai alat atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arab pembentukan alat tersebut. Walaupun sains dan teknologi melibatkan kajian yang rasional tetapi kedua-duanya berbeza dari segi rnatlamat dan hasil yang diwujudkan. Sains bertujuan untuk membuat pengitlakan idea dan kefaharnan terhadap fenomena alam semula jadi rnanakala teknologi pula menggunakan idea-idea tersebut bagi menghasilkan alat untuk menyelesaikan masalah. Malcolm dan Stephens (1984) mendefmisikan teknologi sebagai 'prosedur pemikiran dan pelaksanaan yang bercirikan perkembangan teknologi dan juga segala produk yang dihasilkan; Scriven (1985) merujuk teknologi sebagai 'keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang terlibat dalam pembuatan, penyenggaraan dan pengubahsuaian alat dan juga semua alat-alat tersebut'. Umumnya defmisi teknologi merangkumi kedua-dua proses dan produk.

Perkembangan sains dan teknologi adalah saling melengkapi. Dalam sains yang berasaskan teknologi, kita melihat bagairnana penemuan teknologi telah membantu perkembangan pengetahuan sains. Sebagai contoh ciri-ciri elektron telah dapat dikaji dengan lebih terperinci.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA SAINS TEKNOLOGI NEGARA KITA.


1.Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial

Sains dann teknologi diberikan keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber sains dan teknologi akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.


2. Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan Dasar-Dasar lain

Dasar sains dan teknologi akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.


3. Peningkatan Perkhidmatan Saintifik

Perkhidmatan sains dan teknologi di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan Teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.


4. Berdikari

Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran sains dan teknologi supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan sains dan teknologi negara-negara maju.


5. Tenaga Manusia

Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi sains dan teknologi serta juga menjamin supaya tenaga Teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.


6. Peranan sektor Swasta

Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jetera sains dan teknologi sektor awam untuk memenuhi keperluan p&p mereka.


7. Pemindahan Teknologi

Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisme perlu ditubuhkan untuk mengaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan,  penilaian dan kajian.


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK BUDAYA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA


Ibubapa

Cara-cara untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan teknologi” kepada anak-anak. Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan. Tujuannya adalah untuk menanam minat anak- anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan.



Pihak Sekolah 

Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut. Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi. Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja.


Guru

Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. 


Institusi Pengajian Tinggi

Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi. 


Kerajaan

Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu. Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.


Sumber Rujukan

https://satieshwaran.blogspot.com

https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-sains-dan-teknologi/

http://eprints.utm.my/id/eprint/12270/1/SethSulaiman_PendidikanSainsTeknologidanMasyarakat2000.pdf

Comments